Isnin, 13 Oktober 2008

Syarikat Air Melaka Berhad

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi dengan berkat usaha yang gigih dapatlah kami menyelesaikan tugasan yang diamanahkan oleh Encik. Yuseni Bin Ab. Wahab dalam tempoh yang telah ditetapkan. Banyak pengajaran dan pengalaman yang kami perolehi semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kaki tangan Syarikat Air Melaka Berhad ( SAMB ) di Graha Maju Melaka di atas kerjasama yang mereka berikan kepada kami terutama kepada Encik Rohazam Bin Bakar selaku Penolong Pegawai Sistem Maklumat. Kami memilih Syarikat Air Melaka Berhad ( SAMB ) sebagai syarikat untuk kami melakukan kajian tentang tugasan untuk subjek CSC 3083 ini. Ini kerana, saya mudah untuk berurusan dan segala maklumat yang diperlukan untuk membuat kajian. Terima kasih juga terhadap Encik. Yuseni Bin Ab. Wahab kerana memberikan tunjuk ajar di sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.\ Di sini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap ibu dan ayah saya yang banyak memberi saya dorongan dan membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan mereka merupakan sumber kewangan dan banyak memberikan tunjuk ajar untuk memastikan segala tugasan berjalan dengan lancer.

Sekian, Terima Kasih


SEJARAH SAMB
Sejarah bekalan air negeri Melaka bermula satu abad yang lalu apabila Empangan Air Keroh yang terletak kira-kira tujuh batu dari bandar Melaka telah dibina oleh "The Corps of Royal Engineer" pada sekitar tahun 1898. Air dari empangan ini disalurkan melalui sebatang paip ukuran 15 inci ke dalam sistem retikulasi yang terhad di tengah Bandar Melaka. Sistem bekalan ini kemudiannya diserahkan kepada Majlis Perbandaran yang membayar sebanyak RM7,200.00 setahun kepada kerajaan sebagai pampasan untuk membiayai kos projek berkenaan.
Bekalan air dari Empangan Air Keroh telah digunakan sehingga tahun 1928. Pada ketika itu Bandar Melaka yang sedang berkembang telah mengalami kekurangan bekalan air dari sumber tersebut dan peruntukan kewangan telah dipohon dari Kerajaan untuk membina sebuah lagi empangan di Asahan.
Empangan telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan kemudian diserahkan kepada Majlis Perbandaran untuk operasi dan penyelenggaraan. Tiada bayaran balik di kenakan bagi melaksanakan projek ini.
Dari tahun 1930 sehingga sekitar tahun 1939 bekalan dari Asahan sahaja digunakan tetapi dari tahun 1939 sehingga tahun 1954 kedua-dua punca bekalan dari Asahan dan Air Keroh telah digunakan untuk membekalkan air ke Bandar Melaka.
Pada tahun 1936 kolam agihan di Stadthuys telah diberhentikan kegunaannya dan sebuah loji penapis air telah dibina di Duyong. Bagi tujuan ini sebuah tabung pinjaman telah diwujudkan yang dipanggil "Filtration & General Purposes Loan". Kos yang terlibat untuk pembinaan loji berkenaan dari pinjaman tersebut pada ketika itu ialah RM115,000.00. Pinjaman ini telah dibayar balik sepenuhnya.


Setelah Perang Dunia Kedua adalah nyata bahawa bekalan air dari kedua-dua punca iaitu Asahan dan Air Keroh didapati tidak mencukupi bagi menampung penggunaan yang kian meningkat. Perancangan telah dibuat untuk membina sebuah lagi sistem bekalan dan bagi tujuan ini pinjaman sebanyak RM490,000.00 telah dipohon dari pihak Kerajaan. Pinjaman telah diperolehi tetapi kekurangan kakitangan telah menangguhkan projek tersebut sehingga tahun 1952 apabila rekabentuk loji Bukit Sebukor dimulakan. Kos yang diperlukan untuk membiayai projek tersebut telah dianggarkan sebanyak RM2,507,000.00 bagi menjamin bekalan yang mencukupi sehingga tahun 1965. Pembesaran loji tersebut telah dirancangkan untuk dilaksanakan pada tahun 1965.
Pada ketika itu keputusan perlu dibuat samada bekalan air hanya dibekalkan ke bandar Melaka sahaja atau samada peruntukan perlu dibuat untuk meliputi seluruh negeri Melaka. Satu pengesyoran telah dibuat oleh Pesuruhjaya Perbandaran ketika itu supaya bekalan air juga di perluaskan ke kawasan luar Bandar. Bagaimanapun ini akan mewujudkan masalah pentadbiran dan bagi mengatasinya satu jawatankuasa di tubuhkan yang bertindak sebagai penasihat kepada Lembaga Luar Bandar dan Majlis Perbandaran.
Pada peringkat ini Bahagian Air yang selama ini di bawah tanggungjawab Jurutera Majlis Perbandaran telah di pisahkan untuk menjadi sebuah jabatannya yang tersendiri. Dengan tertubuhnya jabatan air ini, ke Jasin, Pringgit dan Garden City telah di serapkan ke dalam bidang tugas jabatan tersebut.
Pada tahun 1963 negeri Melaka telah mengalami kemarau yang berpanjangan dan telah menjejaskan bekalan air pada tahap yang kritikal. Ekoran dari itu sumber air mentah bagi Loji Bukit Sebukor telah di pindahkan dari Sungai Putat diBatu Berendam ke Sungai Melaka di Batu 8, Durian Tunggal.


Sejarah bekalan air negeri Melaka mencapai satu lagi mercutanda apabila kerajaan negeri menubuhkan Lembaga Air Melaka pada tahun 1972. Ia di tubuhkan apabila Bahagian Air Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Air Majlis Perbandaran digabungkan supaya khidmat yang lebih sempurna dapat di berikan kepada rakyat negeri Melak

LATAR BELAKANG SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD ( SAMB )

SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD ( SAMB ) atau dahulunya di kenali sebagai Lembaga Air Melaka ( LAM ) telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1971 mengikut Enakmen Lembag Air Melaka Tahun 1971. LAM kemudiannya telah mengalami perubahan nama kepada Perbadanan Air Melaka ( PAM ) mulai 1 September 1993 apabila ia diperbadankan pada 1 Julai 2006, PAM telah dikorporatkan. Sehubungan dengan itu, nama PAM telah ditukarkan kepada Syarikat Air Melaka Berhad ( SAMB ). Dengan perubahan nama tersebut fungsi, objektif, peranan dan kuasanya SAMB adalah lebih meluas. Sebelum tertubuhnya Lembaga Air Melaka ( LAM ) pada tahun 1971, segala urusan bekalan air di kawasan Perbandaran Melaka adalah tertakluk di bawah tanggungjawab dan bidangkuasa pihak Majlis Perbandaran Melaka, sementara bagi kawasan yang luar daripada kawasan Majlis Perbandaran, urusan bekalan air di tadbirkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Melaka. Berikutan dengan penubuhan Perbadanan Air Melaka, segala pentadbiran dan operasi mengenai bekalan air bagi seluruh Negeri Melaka telah diambil alih oleh Perbadanan Air Melaka dan diteruskan oleh SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD.


OBJEKTIF SAMB
Objektif SAMB adalah untuk membekal air kepada orang ramai, industri – industri dan lain – lain di seluruh Negeri Melaka dengan :
Ø Kuantiti yang mencukupi
Ø Mutu yang baik
Ø Kos yang ekonomik
Ø Perkhidmatan yang cekap dan mesra


VISI SAMB
Sebagai pembekal air bertaraf dunia


MISI KORPORAT SAMB
SAMB bertekad untuk menjadi organisasi bekalan air yang cemerlang dan unggul di Malaysia melalui pengurusan, perancangan, operasi dan khidmat pelanggan yang profesional dan cekap.


WAWASAN, POLISI DAN OBJEKTIF KUALITI SAMB

Di dalam mengendalikan bisnes, SAMB telah merangka beberapa prinsip kualiti untuk memastikan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.
Untuk mencapai matlamat kualiti yang cemerlang, SAMB telah mewujudkan beberapa proses kualiti seperti berikut :

KUALITI WAWASAN
Untuk menjadikan SAMB sabagai pihak berkuasa air yang cekap dan berkesan yang di iktiraf oleh pengguna secara keseluruhannya.

POLISI KUALITI
untuk menjadi pihak berkuasa air yang unggul di Malaysia di mana keperluan-keperluan pelanggan dipenuhi serta mengamalkan penambahbaikan berterusan melalui perkhidmatan berikut :
¯ Bekalan air yang bersih dan selamat
¯ Taraf perkhidmatan yang baik
¯ Khidmat pelanggan yang cekap dan mesra


OBJEKTIF KUALITI

Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pengguna dari aspek bekalan air di dalam bentuk kualiti dan kuantiti yang memuaskan dan mencukupi berdasarkan perkara-perkara di bawah :-
¯ Sambungan bekalan air akan diberi dalam masa tiga (3) hari selepas semua pepasangan siap sempurna dan wang cagaran dibayar
¯ Semua pertanyaan lisan mengenai bil air akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) hari
¯ Meter yang dipotong sambungannya akan disambung semula dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas pembayaran untuk sambungan semula dan tunggakan dijelaskan
¯ Wang cagaran akan dipulangkan kepada pengguna dalam masa empat belas (14) hari melalui cek setelah notis untuk menamatkan perkhidmatan dan resit asal cagaran diterima
¯ Catuan atau gangguan bekalan air berjadual akan diberitahu dalam tempoh tiga (3) hari sebelum ianya dijalankan melalui media massa utama
¯ Tidak kurang daripada 90% paip sesalur yang pecah akan dibaiki dalam masa enam belas (16) jam daripada aduan diterima dan bakinya disiapkan dalam masa 24 jam
¯ Kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna adalah mengikut piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
¯ Maklum balas untuk permohonan kelulusan pelan-pelan retikulasi air dan sistem paip perkhidmatan dalaman akan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari selepas menerimanya dan kelulusan pelan dalam tempoh dua (2) minggu
¯ Pembacaan meter air dan penghantaran bil akan dijalankan sebulan sekali


FUNGSI DAN TUGAS SAMB

SAMB bertanggungjawab terhadap :
a) Menjalankan dan menguruskan loji – loji air
b) Membina, menjalankan dan menguruskan sebarang loji air yang di fikirkan perlu untuk di tubuhkan oleh Syarikat.
c) Menentukan dan membekalkan air yang bersih kepada pihak awam
d) Membekalkan air dengan bayaran – bayaran berpatutan tertakluk kepada persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
e) Membuat peraturan – peraturan mengawal pengambilan, pembekalan, pembahagian dan penggunaan air dan membina apa – apa kerja berkaitan dengan pengambilan, bekalan dan pembahagian air.

BISNES UTAMA SAMB

Bisnes utama SAMB adalah di dalam pengeluaran dan pengagihan air. Di samping itu terdapat bisnes sokongan yang bertindak sebagai penyokong kepada bisnes utama SAMB.

Keterangan mengenai bisnes utama dan bisnes sokongan adalah seperti di bawah :
a) Pengeluaran Air
Proses ini termasuk rawatan dan kawalan air, kualiti air, penyenggaraan, pemeliharaan punca air dan operasi empangan. Proses ini bertanggungjawab didalam memastikan kualiti air mengikut piawaian yang telah ditetapkan sebelum diagihkan kepada pengguna.



b) Pengagihan Air
Proses ini melibatkan pengagihan bekalan air kepada pengguna melalui sistem agihan yang direkabentuk mengikut kehendak – kehendak teknikal. Proses ini termasuk perhidmatan penyelenggaraan, permohonan bekalan air baru dan perkhidmatan pelanggan, pengeluaran bil, perolehan dan kutipan hasil.


CARTA ORGANISASI SAMB




















STRUKTUR ORGANISASI SAMB

SAMB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Melaka. Struktur teratas ialah Lembaga Pengarah yang dipengurusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Di peringkat ini segala dasar – dasar dan polisi – polisi SAMB dibuat untuk dilaksanakan oleh jentera pentabiran SAMB.

Di peringkat pentadbiran SAMB pula, ia diterajui oleh seorang ketua jabatan yang bergelar Ketua Pegawai Eksekutif. Selain dari Ketua Pegawai Eksekutif, terdapat lima jabatan utama yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Senarai jabatan – jabatan di bawah struktur SAMB boleh diringkaskan seperti berikut :
ü Jabatan Pengeluaran
ü Jabatan Pengguna
ü Jabatan Kewangan
ü Jabatan Perancangan
ü Jabatan Pentadbiran / Komunikasi Korporat
ü Jabatan Sumber Manusia

Tugas utama bahagian – bahagian yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut :
1. Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif merupakan nadi pentadbiran di mana segala polisi – polisi dan keputusan –keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Lembaga Pengarah SAMB akan disalurkan ke jabatan – jabatan dan unit – unit yang berkaitan di SAMB untuk tindakan. Selain dari itu pejabat ini akan mengeluarkan arahan-arahan jabatan yang tertentu yang diputuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dari masa ke semasa.




Di bawah pejabat ini juga terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian Audit Dalam, Bahagian Ukur Bahan dan Bahagian Teknologi Maklumat. Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab menjalankan auditan dalaman ke atas segala urusan kewangan dan perbelanjaan SAMB.

Bahagian Ukur Bahan pula bertanggungjawab ke atas segala urusan kontrak dan perolehan yang dikendalikan di SAMB. Bahagian Teknologi Maklumat pula bertanggungjawab dengan aspek teknologi maklumat dan menggunakan aplikasi komputer di dalam mengendalikan tugas hariannya. Ia terlibat dengan urusan-urusan bil, HRM/Payroll dan juga melaksanakan sistem GIS sebagai asas kepada perkhidmatan teknologi maklumat yang dikendalikannya.

2. Jabatan Pengeluaran.
Jabatan ini bertanggungjawab di dalam segala aspek rawatan air di loji-loji air yang terdapat di bawah SAMB. Ini termasuk mengendalikan bekalan air mentah dari sumber-sumber yang ada seperti dari sungai atau empangan. Secara umumnya unit ini memastikan supaya mutu air yang dirawat dan dibekalkan kepada pengguna mematuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan.
Di bawah jabatan ini juga terdapat unit Woksyop yang bertanggungjawab di dalam memberi khidmat sokongan kepada operasi Jabatan Pengeluaran terutamanya di dalam menyelenggara semua peralatan mekanikal dan elektrik yang terdapat di dalam sistem bekalan air SAMB. Ini termasuk penyelenggaraan semua instalasi SAMB dan kenderaan SAMB di seluruh negeri Melaka.





3. Jabatan Pengguna
Jabatan ini bertanggungjawab di dalam menyelaras operasi sistem bekalan air di ketiga-tiga daerah di negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Setiap daerah bertanggungjawab di dalam memastikan agihan serta penyelenggaraan sistem bekalan air beroperasi dengan sempurnanya. Selain dari itu jabatan ini bertanggungjawab memproses, meluluskan serta menyelia pelaksanaan sistem retikulasi yang dilaksanakan oleh pihak pemaju swasta. Unit Perhubungan Awam yang diterima dari pengguna juga diletakkan di bawah jabatan ini.

4. Jabatan Kewangan
Jabatan Kewangan SAMB bertanggungjawab dalam mengendalikan semua urusan kewangan SAMB termasuk urusan ke atas pendapatan dan perbelanjaan SAMB. Di bawah jabatan ini juga terdapat unti aset yang berperanan di dalam menyediakan daftar iventori aset termask penilaiannya. Salah satu aspek penting yang dimainkan oleh jabatan ini ialah di dalam penyediaan dan pengeluaran pelbagai bil-bil yang berkaitan dengan urusan kewangan SAMB.

5. Jabatan Perancangan.
Jabatan ini bertanggungjawab di dalam memastikan perancangan dan pembangunan bekalan air di negeri Melaka dilaksanakan bagi memastikan bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang masa. Skop kerja yang dilaksanakan termasuk pengumpulan data-data yang strategik supaya bekalan air dapat dikaji dari semasa ke semasa supaya ia selaras dengan dasar pembangunan Kerajaan negeri. Selain dari itu jabatan ini berperanan di dalam menasihati pihak pengurusan SAMB tentang keperluan melaksanakan projek untuk menambahkan bekalan air berdasarkan kajian unjuran yang dibuat.

Di bawah jabatan ini juga diletakkan Bahagian Kawalan Pembaziran Air yang ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja kawalan pembaziran air di dalam sistem bekalan air ke suatu tahap yang munasabah.

6. Jabatan Sumber Manusia.
Jabatan Sumber Manusia bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan. Ia juga mengendalikan hal-hal pentadbiran termasuk yang berkaitan dengan sistem fail serta kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pihak luar. Jabatan ini juga mengandungi Unit Undang-Undang yang mengendalikan kes-kes penguatkuasaan serta segala aspek yang berlaitan dengan enakmen SAMB dan peraturan-peraturan yang terdapat di dalam SAMB.


PERSONEL

SAMB mempunyai lebih kurang 600 orang kakitangan yang terdiri dari pelbagai peringkat perjawatan. Taburan kakitangan SAMB adalah menyeluruh di setiap bahagian, daerah dan daerah kecil di negeri Melaka termasuk kakitangan di bahagian Woksyop dan loji-loji.








JENIS STRUKTUR ORGANISASI

MACHINE BUREAUCRACY

SAMB mengamalkan sistem Machine Bureaucracy seperti yang diamalkan oleh syarikat lain contohnya Tenaga Nasional Berhad. Machine Bureaucracy merupakan Birokrasi yang besar dan klasik wujud di dalam persekitaran yang perlahan untuk menghasilkan produk mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Ini dikuasai oleh pengurusan atasan di mana memusatkan pengaliran informasi dan kuasa dalam pembuatan keputusan. Sistem maklumat cenderung menjadi suatu perancangan yang bagus dan berpusat, mereka biasanya mempunyai perakaunan, kewangan, perancangan yang ringkas dan aplikasi pentadbiran yang terhad.


SISTEM-SISTEM APLIKASI UTAMA DALAM ORGANISASI










Jualan & Pembuatan Kewangan Perakauanan Sumber
Pemasaran Manusia


Gambarajah di atas menunjukkan jenis-jenis sistem maklumat yang digunakan di dalam organisasi SAMB. Organisasi dan sistem maklumat dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti peringkat strategik, pengurusan dan juga operasi seterusnya keadaan ini boleh dibahagikan lagi kepada beberapa bidang fungsi seperti jualan dan pemasangan, pembuatan dan kewangan, perakaunan dan sumber manusia.


Sistem maklumat digunakan pada setiap peringkat dan bidang fungsi ini. Sistem pada peringkat strategik membantu pengurus-pengurus atasan membuat perancangan masa panjang. Sistem pada peringkat pengurusan pula membantu pengurus pertengahan melakukan pengawasan dan kawalan. Sistem pada peringkat pengetahuan menolong pekerja data dan pekerja pengetahuan mereka cipta barangan, menyebarkan maklumat serta menguruskan kesemua kertas kerja. Sistem pada peringkat opersi pula membantu para pengurus operasi untuk mengikut perkembangan aktiviti-aktiviti harian SAMB
Sistem peringkat strategik membantu pihak pengurusan atasan menangani isu-isu strategik dan juga gaya ikutan jangka panjang. Sebarang keputusan akan dibuat oleh Executive Support System ( ESS ).
Pada peringkat pengurusan pula, sistem yang digunakan adalah untuk membantu para pengurus di peringkat pertengahan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan, pengawalan, membuat keputusan dan juga terlibat di dalam kegiatan pengurusan. Sistem yang diguna pakai pada peringkat pengurusan adalah Sistem Pengurusan Maklumat ( MIS ) dan Sistem Sokongan Keputusan ( DSS ).
Selain daripada itu, peringkat pengetahuan membantu para pekerja data dan pengetahuan di dalam sesebuah organisasi. Pada peringkat ini juga ia membantu firma perniagaan dalam menyatukan pengetahuan baru ke dalam perniagaan dan membantu organisasi mengawal pengaliran kertas kerja. Jadi, sistem yang digunakan bagi membantu pada peringkat ini adalah Sistem Automotif Pejabat ( OAS ) dan Sistem Kerja Pengetahuan ( KWS ) adalah untuk membantu peringkat pengetahuan yang terdiri daripada golongan professional. Kerja-kerja utama mereka termasuklah mencipta maklumat dan pengetahuan yang baru serta berperanan memastikan pengetahuan baru tersebut dapat di aplikasikan ke dalam perniagaan.
Seterusnya bagi peringkat opersi pula, ia membantu pengurus-pengurus operasi mengikut perkembangan aktiviti-aktiviti dan urusniaga yang berlaku dalam organisasi seperti penjualan, bayaran gaji, kemasukan data pekerja, kemasukan data pelanggan dan sebagainya. Sistem yang digunakan adalah Sistem Pemprosesan Urusniaga ( TPS ).
TEKNOLOGI PERKHIDMATAN

Penggunaan perkakasan
Perkakasan komputer adalah peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasukan ( Input ), pemprosesan dan pengeluaran data dalam sebuah sistem maklumat. Perkakasan komputer yang digunakan dalam SAMB adalah kelengkapan komputer yang digunakan dalam memantau segala aktiviti yang dilakukan oleh pekerja menggunakan sistem yang telah diperuntukan. Perkakasan yang rutin digunakan seperti keyboard, mouse, printer dan sebagainya.

Penggunaan perisian
Perisian komputer pula mengandungi arahan terperinci yang diprogram bagi mengawal dan menyelaraskan perkakasan komputer di dalam sistem maklumat. Perisian yang digunakan oleh SAMB adalah menggunakan perisian yang telah siap disediakan dan jabatan teknologi maklumat akan memasukkan sendiri software tersebut ke dalam sistem yang ingin dibangunkan. Antara perisian yang digunakan adalah windows, microsoft, pengaturcaraan dan sebagainya.

Pengunaan teknologi penyimpanan
teknologi penyimpanan mengandungi kedua-dua perkara ini iaitu media fizikal bagi penyimpanan data seperti pita atau cakera iaitu bersifat magnetik atau optikal dan juga perisian komputer yang mengawal susunan data keatas media fizikal. Jabatan teknologi maklumat telah membuat satu sistem iaitu sistem kawalan perisian komputer yang berupaya menyimpan segala data yang digunakan oleh semua jabatan dan pihak pengurusan. Ia juga dapat membantu syarikat tersebut dalam mengendalikan operasi yang hanya beroperasi apabila mendapat arahan daripada sistem ini yang telah ditetapkan sebelumnya.


Oleh itu, semua pengendali sistem komputer akan mengikut arahan sistem maklumat dan sebarang perubahan akan dilakukan secepat yang mungkin supaya operasi maklumat tidak tergendala. Ia juga telah membuat penyimpanan bekalan air dengan menggunakan sistem jika berlakunya sebarang insiden tiadanya bekalan air disesebuah kawasan. Kawasan yang mempunyai bekalan air akan diambil sebagai sebahagian bekalan air yang disimpan dan digunakan oleh stesen dikawasan yang tiada bekalan air.

Penggunaan tenaga komunikasi
Teknologi komunikasi adalah peralatan fizikal dan perisian yang berperanan menghubungkan pelbagai bahagian perkakasan komputer serta menghantar data daripada satu lokasi ke lokasi yang lain. Syarikat ini menggunakan intranet untuk berkomunikasi antara pengendalian komputer dengan jabatan teknologi adalah penting ini kerana jika komunikasi antara pengendali komputer dengan jabatan teknologi maklumat terputus, ia akan mengakibatkan perkhidmatan sistem akan terganggu serta-merta kerana pengendalian komputer hanya akan menggerakkan komputer dengan menerima arahan dari jabatan maklumat untuk meneruskan operasi komputer tersebut.









PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
Para pengurus mengenal pasti segala cabaran yang akan terjadi di sekitarnya dan dengan itu mereka merangka strategi bagi organisasi untuk bertindak balas. Selain itu, mereka juga memperuntukkan tenaga kerja dan sumber kewangan bagi mencapai strategi dan menyelaraskan kerja. Secara keseluruhan, mereka perlu mengamalkan semangat kepemimpinan yang penuh bertanggungjawab. Tugas pihak pengurusan adalah untuk mewujudkan keadaan yang munasabah bagi kebanyakan situasi yang dihadapi dan membuat perancangan untuk menyelesaikan masalah – masalah organisasi.
Namun perkara yang masih lagi kurang difahami adalah hakikat bahawa para pengurus harus melakukan sesuatu yang lebih daripada sekadar menguruskan apa yang telah ada. Salah satu bahagian penting dalam pengurusan adalah gerak kerja kreatif yang dipandu oleh pengetahuan dan maklumat baru. System maklumat juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengarah dan mencorakkan kembali sesebuah organisasi itu. Adalah penting untuk mengetahui bahawa peranan dan keputusan pada setiap peringkat adalah berbeza.
Pengurus – pengurus kanan ini akan membuat keputusan jangka masa panjang bagi sesebuah organisasi. Manakala pengurus peringkat pertengahan pula menjalankan segala perancangan dan program yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan atasan tadi.
Pengurus – pengurus operasi pula bertanggungjawab memantau segala aktiviti harian di dalan organisasi tersebut. Setiap peringkat pengurusan di dalam organisasi sewajarnya mempuyai daya kreatif untuk menghasilkan pelbagai penyelesaian bagi permasalahan – permasalahan yang dihadapi oleh organisasi. Setiap peringkat pengurusan mempunyai keperluan maklumat dan system maklumat yang berbeza.




JENIS – JENIS SISTEM MAKLUMAT

JENIS SISTEM MAKLUMAT KUMPULAN YANG MENGGUNAKAN


Peringkat Pengurus
Strategik ( ESS ) Kanan

Peringkat Pengurusan Pengurus
( DSS & MIS ) Pertengahan

Peringkat Pekerja Data
Pengetahuan Dan
( KWS & OAS ) Pengetahuan


Peringkat Pengurus
Operasi Operasi
( TPS )


System – system yang terdapat di dalam organisasi adalh bergantung kepada pelbagai kemahiran, dan juga peringkat yang ada dalam sesebuah organisasi tersebut.
Pada peringkat atasan iaitu pengurus kanan menggunakan satu kategori system maklumat yang dikenali sebagai system sokongan eksekutif ( ESS ) untuk membuat keputusan. ESS digunakan pada peringkat strategic di dalam organisasi SAMB. System ini mengemukakan jawapan yang tidak berstruktur dan mencipta sebuah persekitaran umum. ESS tidak direka semata – mata untuk menyelesaikan masalah khusus. Sebaliknya menyediakan kemampuan computer dan telekomunikasi umum yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah – masalah yang sentiasa berubah.


Pada peringkat pengurusan pula, system yang digunakan adalah untuk membantu para pengurus di peringkat pertengahan untuk menjalankan kerja – kerja pemantauan, pengawalan, membuat keputusan dan juga terlibat dalam kegiatan pengurusan. System yang diguna pakai pada peringkat pengurusan adalah Sistem Pengurusan Maklumat ( MIS ) dan Sistem Sokongan Keputusan ( DSS ). MIS digunakan dalam sesebuah organisasi iaitu dengan menyediakan laporan –laporan bagi para pengurus syarikat. MIS hanya bergantung kepada system pemprosesan urusniaga yang wujud bagi mendapatkan data. Selalunya data yang diperolehi daripada TPS akan dipadatkan dan dibentangkan dalam laporan panjang yang dijasilkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Ini disebabkan segala data tersebut akan digunakan untuk menyediakan laporan kepada pengurus, sebagai contoh pegawai kewangan SAMB akan membuat segala aliran berpandukan kepada segala transaksi yang dimasukkan oleh pekerja bahagian operasi dan dibentangkan dalam mesyuarat tahunan SAMB dan laporan juga dapat digunakan oleh pengurus untuk membuat keputusan yang melibatkan kewangan. Sementara DSS pula, membantu para pengurus membuat keputusan yang separa berstruktur, unik dan tidak mudah ditentukan. DSS mnggunakan maklumat dalaman yang diperolehi daripada MIS dan TPS. DSS dibina untuk menganalisa data atau memadatkan sejumlah besar data kepada satu bentuk yang dianalisa oleh pembuat keputusan.




SISTEM YANG DIGUNAKAN OLEH SAMB


Sistem yang digunakan di dalam Syarikat Air Melaka Berhad adalah WBIS iaitu Water Billing Information System di mana sistem ini mengawal segala aktiviti yang berlaku di syarikat tersebut. Syarikat Air Melaka Berhad hanya menggunakan satu sistem sahaja di dalam organisasi tersebut.
Contoh- contoh penggunaan sistem WBIS di dalam organisasi adalah seperti berikut :









Water application



Langkah – langkah mematikan aduan















Contoh memasukkan aduan




Sistem
Pemprosesan
Bayaran
Fail
Bayaran
Sistem Perancangan
Sumber
Manusia
Fail Pembangunan
Sumber Manusia
Sistem
Lejar
Fail Kewangan
MIS








Pengurus

Report


















KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
6.4
Tindakan Susulan
6.1
Laporan disediakan
6.2
Laporan dibentangkan dalam mesyuarat
6.3
Tindakan – tindakan
Lanjut dibincangkan
Mula
Tindakan
Dipersetujui ?
6.5
Tindakan Pembetulan
6.6
Keputusan Dicatit
Tamat









Tidak




Ya








PROSEDUR TERPERINCI

Laporan Disediakan
Laporan Kajian Semula Pengurusan disediakan oleh WPK. Laporan berkenaan meliputi perkara-perkara penting seperti berikut:
a) Keputusan-keputusan audit kualiti dalaman
b) Maklum balas pelanggan
c) Pencapaian proses-proses dan perakuan produk
d) Status tindakan pembetulan dan pencegahan
e) Tindakan susulan hasil dari kajian semula pengurusan yang lalu
f) Perubahan-perubahan yang mungkin menjejaskan system pengurusan kualiti dan
g) Syor-syor untuk penambahbaikan sistem

Laporan Dibentangkan Dalam Mesyuarat
Laporan berkenaan akan dibentangkan di dalam mesyuarat kajian semula pengurusan yang diadakan setiap sekali setahun dan di pengerusikan oleh KPE. SAMB. WPK adalah setiausaha mesyuarat dan mesyuarat berkenaan dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dan unit di SAMB.

Tindakan-Tindakan Lanjut Dibincangkan
Berdasarkan laporan yang dibentangkan, perkara-perkara utama berhubung dengan pengurusan kualiti dibincangkan terutamanya dari segi keberkesanannya dan sama ada langkah-langkah selanjutnya perlu diambil untuk meningkatkan dan memperkemaskan kualiti pengurusan di SAMB. Keperluan-keperluan pelanggan serta keperluan-keperluan sumber-sumber.

Tindakan-Tindakan Susulan Diambil
Setiap isu yang dibincangkan akan di minitkan oleh WPK selaku setiausaha mesyuarat. Bagi tindakan yang didapati tidak sesuai untuk dilaksanakan, ia akan dikaji semula oleh pengurusan dan dibawa semula ke mesyuarat yang akan datang. Ini adalah bagi membolehkan perkara tersebut dibincang dengan lebih terperinci oleh ahli-ahli mesyuarat.


Tindakan Pembetulan
Bagi tindakan-tindakan yang telah dipersetujui, ianya akan dilaksanakan oleh ahli mesyuarat yang terlibat. Sebarang isu, tindakan atau perubahan yang dibangkitkan akan dipantau oleh wakil prengurusan kualiti serta akan dibincangkan dalam mesyuarat kajian semula pengurusan yang berikutnya.

Hasil Keputusan Dicatit
Hasil keputusan akan dicatit supaya maklum balas dapat dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.






















PROSEDUR BAGI PENGELUARAN PELBAGAI BIL
Mula
6.1
Terima Bil Dari Pelanggan

Ya

Semak Bil Boleh Diterima Untuk Bayaran
6.2
Bil Boleh Terima atau Tidak

Tidak
6.3
Key – in Data
6.4
Terima Bayaran






6.5
Keluarkan Resit Tidak

6.6
Bank – in Kutipan
6.7
Keluarkan Arahan Pindah Wang
Tamat







PROSEDUR TERPERINCI

Terima Permohonan
Pembantu tadbir menerima permohonan samaada dari orang ramai atau jabatan – jabatan dalam SAMB atau jabatan – jabatan kerajaan atau syarikat – syarikat swasta

Dapat Maklumat Lengkap
Pembantu tadbir yang diberi tanggungjawab oleh PA ( H ) atau PD hendaklah menerima maklumat yang mencukupi daripada pemohon sebelum mengeluarkan bil tersebut

Tentukan Kod Lejar
Pembantu tadbir hendaklah menggunakan kod lejar yang sesuai seperti yang disediakan dalam system perakaunan SAMB

Sediakan Bil
Pembantu tadbir hendaklah menyediakan bil seperti maklumat pemohon. Data – data yang di key-in hendaklah meliputi perkara –perkara berikut :
i. Menentukan kod penghutang ( bil tunai atau bil kredit )
ii. Nama dan alamat penerima bil
iii. Jenis bayaran
iv. Nombor fail
v. Kod lejar yang betul dan amaun

Serah Bil
Bil tunai diserahkan terus kepada pemohon untuk dibayar dikaunter pembayaran









KAWALAN DOKUMEN SISTEM KUALITI
Mula
6.2
Kajian Semula / Kemaskini Dokumen
6.2
Tentukan Jenis Dokumen
6.2.1
Dokumen Dalaman
6.2.2
Dokumen Luaran
6.3
Sediakan Dokumen Pindaan
6.4
Kenalpasti Perubahan & Status Dokumen Terkini
6.5
Dapatkan Kelulusan Ketua Jabatan / Unit
6.6
Lulus?
6.7
Makluman WPK
6.8
WPK Kemaskini Daftar Dokumen
6.9
WPK Ganti Dokumen & Buat Edaran
6.10
WPK Simpan Edisi Lama/Lupuskan Dokumen yang Tidak Digunakan
Tamat











Tidak

Ya







PROSEDUR TERPERINCI


Kajian Semula/Kemaskini Dokumen

Semua dokumen yang berkaitan dengan system pengurusan kualiti perlu dikaji semula dan / atau dikemaskini mengikut keperluan. Kajian semula dokumen mungkin melibatkan perubahan keatas keseluruhan dokumen atau sebahagian besar dokumen yang sedia ada dan memberi kesan kepada pelaksanaan system pengurusan kualiti.


Tentukan Jenis Dokumen

Dokumen dalaman yang perlu dikawal adalah :
i. Manual kualiti
ii. Manual prosedur
iii. Arahan kerja ( jika berkaitan )

Dokumen luaran atau dokumen sokongan yang diguna pakai sebagai rujukan hendaklah dikenalpasti, disahkan penggunaannya dan dikawal pengedarannya oleh WPK.
















MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN

Mula
Tentukan Senarai Pengguna
Edar Borang Maklumbalas
Kumpul Borang Maklumbalas
Analisa
Tamat

PROSEDUR TERPERINCI

Tentukan Senarai Pengguna
PD akan memberikan jumlah dan klasifikasi pengguna yang perlu untuk diedarkan Borang Maklumbalas Pelanggan kepada PMTK

Edar Borang Maklumbalas Pelanggan
PMTK dan PPMTK akan mengedarkan Borang Maklumbalas Pelanggan kepada pengguna mengikut senarai secara serahan tangan atau kiriman pos

Mengumpul Borang Maklumbalas Pelanggan
PMTK dan PPMTK akan mengumpulkan semula Borang Maklumbalas Pelanggan yang telah diisi oleh pengguna untuk difailkan mengikut kategori

Analisa
PD akan membuat analisa kepuasan pelanggan berdasarkan boring yang telah dikumpulkan
PD akan menyerahkan hasil analisa dan borang yang telah dikumpulkan kepada PK Pengguna
PK Pengguna akan menganalisa keseluruhan borang maklumbalas pelanggan dan seterusnya membuat rumusan untuk dihantar kepada wakil pengurusan kualiti bagi tujuan pembentangan di dalam mesyuarat kajian semula pengurusan

Dokumen Rujukan
MS ISO 9001:2000

Rekod Kualiti
Fail Maklumbalas Kepuasan Pelanggan Bil X/XXXX
Laporan Analisa Kepuasan Pelanggan Bil X/XXXX














BACAAN METER DAN SERAHAN BIL AIR

MULA
6.1. PMTK mengagihkan tugas mengikut jadual bacaan
6.2. PM mengambil computer tangan, pencetak, bil dan ‘route listing’
6.3. PM pergi ke lokasi bacaan yang telah ditetapkan
6.4. PM membuat bacaan dan serahkan bil kepada pengguna
6.5. PM kembali ke pejabat dan semak pembetulan bil yang perlu
A






\

A
Ada Pembetulan?
6.9. Simpan Komputer tangan dalam ‘loader’ dan caj bateri
TAMAT
6.6. PM membuat pembetulan dan isi borang
6.7. Pengesahan dan Kelulusan
6.8. PMTK serahkan borang kepada PK Kewangan untuk pembetulan data.








YA






TIDAK



























PROSEDUR TERPERINCI


PMTK Mengagihkan Tugas Mengikut Jadual Bacaan

PMTK mengawal dan mengaturkan kerja-kerja PM untuk setiap hari mengikut jadual


PM Mengambil Komputer Tangan, Pencetak, Bil dan ‘route listing’

PM mendapatkan route listing dari PMTK. PM semak route listing sebelum bacaan dibuat. Setelah itu, PM menyemak segala perkakasan untuk bacaan seperti computer tangan, pencetak bil dan bil dalam keadaan baik


PM Pergi Ke Lokasi Bacaan Yang Telah Ditetapkan

PM ke lokasi sepertimana yang diarahkan oleh PMTK mengikut senarai route listing. PM menyemak nombor meter di lokasi sama dengan di dalam computer tangan sebelum mengambil bacaan


PM Membuat Bacaan dan Serahkan Bil Kepada Pengguna

PM mengambil bacaan dan memasukkan data bacaan ke dalam computer tangan. PM cetak bil. PM semak bil jika betul menyerahkan bil serta merta kepada pengguna jika ragu bawa balik ke pejabat


Kembali Ke Pejabat dan Semak Pembetulan Bil yang Perlu

Setelah selesai bacaan dibuat, PM kembali ke pejabat untuk membuat penyemakan dan pembetulan jika terdapat kegunaan yang berlebihan atau kekurangan dari kegunaan biasa atau lain-lain pembetulan








PM Membuat Pembetulan dan Isi Borang

PM menyemak route listing dan cetak bil-bil pendua bagi akaun yang memerlukan pembetulan. PM mengisi borang permintaan pelarasan akaun bagi mendapatkan kelulusan pindahan bil air atau membuat pembetulan data computer bagi butir-butir pindaan yang perlu


Pengesahan dan Kelulusan

PM serah bil-bil pendua ( pindaan ) kepada PMTK. PM menyerahkan borang SAMB kepada PMTK untuk pengesahan dan mendapatkan kelulusan pindaan bil air daripada PD


PMTK Serahkan Borang Kepada PK Kewangan Untuk Pembetulan Data

PMTK menyerahkan pindaan bil dan borang SAMB yang telah diluluskan dan diserahkan kepada PK Kewangan untuk dibuat pembetulan data oleh OMPD Kewangan


Simpanan Komputer Tangan Dalam ‘loader’ dan Caj Bateri

PM menyimpan segala perkakasan iaitu computer tangan ke dalam loader dan bateri dicaj setelah pindaan bil dibuat


Dokumen Rujukan

Agihan Bacaan Bil Air

MS ISO 9001:2000











PENYELENGGARAAN SISTEM BEKALAN AIR – LUAR JANGKA

MULA
Daftar Aduan
Penentuan Kes
6.2.2 Besar
6.2.4 Kecil
6.2.3 Pasang Papan Tanda
6.3 Pelaksanaan Pembaikan
Status Kerja
6.4 Kemaskini Borang Aduan & Laporan
Tamat














Tidak Siap





Siap












PROSEDUR TERPERINCI

Daftar Aduan
Petugas bilik gerakan menerima aduan dari pengguna dan memasukkan butiran / maklumat aduan ke dalam Sistem Service Desk dan seterusnya mencetak borang A.

Penentuan Kes
Jt (D) menerima borang A daripada petugas bilik gerakan dan mengklasifikasikan jenis kes sama ada kecil atau besar.

Pelaksanaan Pembaikan
Setelah jenis kes dikenalpasti Jt (D) akan mengarahkan cart gang atau kontraktor SAMB melaksanakan kerja-kerja pembaikan

Kemaskini Borang Aduan dan Laporan
Setelah kerja pembaikan siap, TK3 akan mengisi butiran & maklumat kerja di dalam borang A dan menandatangani boring tersbutdan seterusnya melaporkan kepada Jt (D). Borang A akan diserahkan semula kepada petugas bilik gerakan untuk dikemaskini dalam Sistem Service Desk.
Bagi pengguna yang melaporkan kes-kes bocoran paip yang besar akan dimaklumkan melalui telefon setelah selesai kerja pembaikan di jalankan.

Dokumen Rujukan
MS ISO 9001:2000

Rekod Kualiti
Fail boring Perkhidmatan Pelanggan / Arahan Kerja
















PENYELENGGARAAN SISTEM BEKALAN AIR BERJADUAL/BERKALA


6.0 Mula
6.1 Penyediaan Program Berjadual
Pelaksanaan Program
Siap
6.3 Laporan
Tamat
PROSEDUR TERPERINCI

Penyediaan Program Berjadual / Berkala
Jt (D) menyediakan program untuk Penyelenggaraan Sistem Bekalan Air Berjadual / Berkala yang terbahagi kepada 2 iaitu :

Mencuci paip saluran ( flushing )
Sekali dalam 6 bulan
Mencuci kolam air simpanan
Sekali dalam 2 tahun


Pelaksanaan Program
Bagi kerja mencuci paip saluran ( flushing ), Jt (D) mengarahkan cart gang membuat flushing berdasarkan jadual perancangan kerja
Bagi kerja mencuci kolam air simpanan, Jt (D) memastikan notis gangguan sehari sebelum kerja dijalankan melalui media massa

Siap dan Lapor
Setelah siap kerja, TK3 / Special Gang akan melapor kepada Jt (D) dan mengisi borang-borang yang sepatutnya untuk kerja-kerja pencucian saluran paip.
Bagi kerja-kerja pencucian kolam, TK3 akan mengisi laporan dan boring

Dokumen Rujukan
MS ISO 9001:2000

Rekod Kualiti
Fail Penyelenggaraan Sistem Bekalan Air

















AUDIT KUALITI DALAMAN
Mula
6.1
Perancangann Audit
6.2
Persediaan Menjalankan Auditan
6.3
Perlaksanaan Audit
6.4
Permintaan Tindakan Pembetulan & Penyediaan Laporan Audit
Ada Tindakan Pembetulan?
6.5
Tindakan Pembetulan Diambil Oleh Ketua Bahagian
6.6
Audit Susulan
6.7
Borang Permintaan Tindakan Pembetulan Ditutup
Tamat

















Tidak






Ya
















PROSEDUR TERPERINCI

Perancangan Audit
WPK akan memastikan semua aspek berhbung dengan system kualiti di SAMB di audit satu (1) kali dalam tempoh enam (6) bulan. Jadual perancangan audit akan disediakan oleh WPK pada awal tahun dan akan diedarkan kepada juruaudit sebagai persediaan pengauditan. WPK akan memastikan ianya dilaksanakan mengikut jadual. Jadual akan mengambil kira prestasi audit tahun-tahun lepas serta kepentingan proses-proses.

Persediaan Menjalankan Pengauditan
Juruaudit yang dilantik akan dimaklumkan sekuarang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh audit. Juruaudit berkenaan akan membuat persiapan yang perlu serta pihak ayang akan di audit akan dimaklumkan oleh juruaudit tentang butir-butir lanjut audit yang akan dijalankan sekurang-kuarangnya satu (1) minggu sebelum tarikh audit

Pelaksanaan Audit
Pemeriksaan auditan bermula dengan penyediaan program audit oleh ketua juruaudit. Aspek-aspek penting di dalam program audit seperti dibawah akan dibincangkan :
a) Objektif dan skop audit
b) Senarai juruaudit
c) Tarikh dan masa untuk mesyuarat pembukaan, aktiviti pengauditan, pelaporan dan mesyuarat penutup
d) Dokumen-dokumen yang diperlukan
e) Pengiring juruaudit yang diperlukan
Tugas juruaudit ialah untuk menilai aspek-aspek keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam memenuhi kehendak-kehendak sistem kualiti SAMB
Hasil auditan akan diklasifikasikan seperti berikut :
Ketidakuran Utama ( Major )
Penemuan bukti menunjukkan bahawa terdapat gangguan di dalam pelaksanaan sistem kualiti

Ketidakuran Kecil ( Minor )
Penemuan bukti menunjukkan bahawa terdapat kekurangan didalam memenuhi keperluan-keperluan tertentu sesuatu sistem kualiti

Pemerhatian
Penemuan sesuatu kekurangan di dalam system kualiti yang tidak dapat dikaitkan dengan keperluan-keperluan tertentu atau yang boleh meningkatkan system kualiti jika langkah-langkah yang sewajarnya diambil dengan segera


Permintaan Tindakan Pembetulan ( Corrective Action Request:CAR )
Semua penemuan audit yang tidak mematuhi prosedur akan direkodkan ke dalam borang laporan ketidakakuran ( Non Conformance Report ). Manakala semua pemerhatian akan direkod ke dalam boring cadangan penambahbaikan. Oleh itu, kesemua laporan ketiadakakuran mesti ditandatangani oleh juruaudit dan bahagian yang di audit sebelum audit itu ditamatkan. Ianya akan dibentangkan di dalam mesyuarat penutup audit oleh juruaudit

Tindakan Pembetulan Oleh Ketua Bahagian
Ketua bahagian yang di audit hendaklah mengambil tindakan pembetulan untuk semua penemuan audit yang dibangkitkan. Tindakan yang diambil mestilah menyatakan sebab-sebab ketidakakuran dan tindakan yang diambil untuk mengatasinya. Ianya aakan direkodkan dalam borang laporan ketidakakuran. Semua tindakan pembetulan yang memerlukan pindahan / perubahan keatas prosedur-prosedur atau arahan-arahan kerja hendaklah dikemukakan kepada WPK dengan menggunakan borang.




























PENGAGIHAN BEKALAN AIR

6.0 Mula
6.1 Semak Paras Air Kolam/Tangki Utama
6.2 Paras Kritikal?
6.2.2 Paras Masih Menurun
6.4 Bekal Melalui lori tangki
Tamat
6.1.3
Tidak Perlu pantau
6.3
Terus Pantau sehingga lepas tahap kritikal











Tidak


Ya




Tidak




Ya















PROSEDUR TERPERINCI

Semak Paras Air Kolam / Tangki Utama
PBG Daerah mendapatkan data paras air kolam/tangki utama melalui system pesanan ringkas, laman web atau secara kaedah visual yang mana sesuai pada setiap hari dan mencatat ke dalam borang SAMB/PGN/PAK

Paras Air Kritikal
Jt (D) bertugas membuat pemantauan setiap jam keatas kolam/tangki yang berada dibawah tahap kritikal selama 3 jam dan melaporkan situasi paras air kepada PD untuk makluman. PBG akan mencatat paras air selanjutnya dengan menggunakan borang SAMB/PGN/PAK
Sekiranya paras air masih menurun selepas 3 jam, Jt (D) akan mengaturkan persiapan bekalan lori tangki ke tempat-tempat yang terjejas bekalan dan memaklumkan semula kepada PD untuk mendapatkan arahan beliau bagi memulakan proses penghantaran bekalan lori tangki, tangki static atau catuan bekalan bagi kawasan-kawasan yang terjejas

Pemantauan Berterusan
Jt (D) bertugas meneruskan pemantauan ke atas setiap kolam terlibat sehingga paras meningkat semula melepasi PAK

Bekalan Lori Tangki
Bekalan alternatif menggunakan perkhidmatan lori tangki ke kawasan yang terjejas digunakan sehingga bekalan melalui saluran paip pulih dan paras air kolam/tangki terlibat meningkat melepasi tahap kritikal

















KAWALAN KETIDAKPATUHAN PRODUK TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN

Mula
6.1
Ketidakpatuhan dikesan
( I )
Kecacatan Produk
( II )
Aduan Pengguna
( III )
Laporan Ujian/Pemeriksaan
( IV )
Audit Kualiti Dalaman
6.2
Mengisi Borang
6.3
Tindakan Pembetulan dan Pencegahan/ Penambahbaikan
Tindakan Berkesan
Tamat
6.4
Tindakan Susulan




























Tidak

Ya






PROSEDUR TERPERINCI

Ketidakpatuhan Dikesan
Tindakan pembetulan dan pencegahan boleh berpunca daripada :
i. Kecacatan produk melalui proses pembelian / perolehan
ii. Aduan dari pengguna
iii. Laporan ujian dan pemeriksaan
iv. Audit kualiti dalaman

Mengisi Borang
Tindakan pembetulan berbangkit apabila ketidakakuran dikesan diperingkat berikut :
i. Kecacatan produk melalui proses pembelian / perolehan
ii. Aduan pengguna
iii. NCR dibangkitkan oleh auditor semasa IQA
iv. Pemeriksaan dan ujian

Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
Ketidakakuran yang mungkin berlaku boleh dikesan oleh kakitangan, maklumbalas dari IQA atau dibangkitkan oleh WPK melalui analisa data berhubung dengan produk, perkhidmatan atau system kualiti yang dibentangkan semasa mesyuarat pengurusan. Tindakan pencegahan bagi ketidakakuran yang berpotensi boleh dimaklumkan kepada pengurusan melalui :
i. Kakitangan
ii. IQA
iii. Mesyuarat pengurusan mingguan atau mesyuarat kajian semula pengurusan

Tindakan Susulan
Pihak wakil pengurusan kualiti akan membuat tindakan susulan keatas kesemua tindakan pembetulan dan pencegahan yang tidak berkesan didalam mesyuarat kajian semula pengurusan.








CARTA ALIRAN KELULUSAN RETIKULASI, TAPPING DAN PAIP DALAM BANGUNAN ( PLUMBING )
Mula
6.1 Permohonan Ujian Tekanan Air Dari Perunding
Bayaran RM 300 ?
Maklumat Lengkap ?
Ujian Tekanan Dilaksanakan
6.2 Rekabentuk Retikulasi Di Kemukakan
Rekabentuk Diluluskan?
6.3 Rekabentuk Paip Air Dalaman Dikemukakan
6.4 Pemeriksaan Barang Paip Retikulasi
Rekabentuk Diluluskan?
Rekabentuk Diluluskan?





Tidak



Ya
Tidak


Ya





Tidak


Ya




Tidak


Ya



Tidak

Ya
a
a

Kerja retikulasi Dilaksanakan Oleh Pemaju
6.5. Laksanakan Ujian Tekanan Dan Kebocoran Paip
Lulus?
6.6. Permohonan Sambungan Ke Paip Bekalan
Bayaran – bayaran Ditentukan
Bayar?


Laksanakan Sambungan Tee
Kemukakan Borang Tapping
Lulus?
Laksanakan kerja – kerja Tapping
Siap?
b









Tidak

Ya






Tidak

Ya






Tidak

Ya



Tidak

Ya







b
Baiki
Pemeriksaan Fizikal Oleh SAMB
Lulus?
Sokongan CFO Oleh SAMB Daerah
Sistem Diselenggarakan Oleh Pemaju Sehingga 6 Bulan Atau 80% Diduduki Yang Mana DAhulu
Syarat Diatas Di Penuhi?
6.8 Permohonan Serahan Sistem Paip Retikulasi
Dokumen Lengkap?
SAMB Aturkan Lawatan Ambil Alih
Setuju Ambilalih?
Akaun Meter Besar Di Tamatkan
Sijil Ambil Alih Dikeluarkan Oleh SAMB
Duit Cagaran Di Pulangkan
TAMAT
Kerja – kerja Pembaikan
Tindakan Bahagian Kewangan





Tidak

Ya








Tidak


Ya




Tidak

Ya



Tidak

Ya










Mula
6.9.1. Permohonan Daripada Arkitek / Tukang Paip
Permohonan Lengkap?
Jawapan Kelulusan Kepada Arkitek/ Tukang Paip
6.9.2. Permohonan Memulakan Kerja ( Borang SAMB 208 )
6.9.3. Laksanakan Pemeriksaan Dan Pemantauan Kerja
Lulus?
6.9.4. Permohonan Periksa Kerja Siap ( Borang SAMB 209 )
Pemeriksaan Fizikal Oleh SAMB
Lulus?
6.9.5. Borang 227 B Dan Surat Sokongan CFO Dikeluarkan Untuk Kelulusan
6.9.6. Pengguna Buat Bayaran Dan Tandatangan Perjanjian
SAMB Sambung Bekalan Air
TAMATCARTA ALIRAN PERMOHONAN BEKALAN AIR DOMESTIK






Tidak

Ya









Tidak

Ya






Tidak

Ya